BLOG PILIHAN (1) : H.E.A.R.T  

Friday, December 28, 2007

Mulai dari hari ini , Trisha akan mewujudkan satu ruangan KHAS untuk kawan-kawan bloggers yang pernah singgah dan memberikan sokongan kepada blog berkonsepkan membeli belah online Trisha , RIQZMIE MALL.

Dalam ruangan ini, Trisha akan menulis topik-topik yang menjadi minat Trisha di blog kawan-kawan dan Trisha berharap ianya akan menjadi medium untuk perkongsian ilmu , perkenalan maya dan pastinya pengalaman membeli belah menjadi lebih menarik lagi!

Selain daripada itu , pertukaran link / banner akan diteruskan apabila rekabentuk banner Riqzmie Mall siap nanti.

Ok , bagi sesiapa yang berminat untuk melawat mana-mana blog yang Trisha sudah komentarkan , klik sahaja di tajuk posting, pastinya anda akan dibawa secara automatik ke blog tersebut , mudah bukan ?

Blog Pilihan kali ini ialah milik Syiqa yang senang dengan tagline SYIQA PUTERI SEPI. Berunsurkan santai dan jurnal peribadi , tulisan harian mengenai aktiviti-aktiviti , perasaannya dan komen ikhlas mengenai apa yang dirasainya.

Bila Trisha membacanya, mula-mula tu cam fenin gak sebab maklumlah Trisha nie bukannya muda lagi dan tidak berapa biasa dengan gaya bahasa yang digunakan oleh Syiqa. Mau gak 2 -3 kali Trisha membaca posting yang sama untuk benar-benar pasti intipati ceritanya hahahah ... nampak sangat Trisha dah tua erk ... apapun memang enjoy ...

Now, Syiqa dah bekerja jadi Trisha pasti akan lebih banyak posting menarik dari Syiqa di masa depan kerana pendedahan meluas daripada pengalaman kehidupan tak gitu Syiqa ? So teruskan menulis ya ... :)

Ingin melawat blog H.E.A.R.T ; klik atas tajuk posting k!

AddThis Social Bookmark Button

Email this post