Marilah Derma Point Bonus Link Anda ke MAA Kidney Charity Fund ....
Sunday, December 07, 2008
Tinggal sehari lagi , Aidiladha akan menjelma ... pantas masa berlalu kesibukan berputar di tempat sama ...
Trisha menyambut Aidiladha ini seperti biasa secara sederhana sahaja ... yang penting Solat Sunat Aidiladha ... tetapi rasanya sekali lagi Trisha terpaksa melihat dari jauh sahaja keriuhan masjid kerana perlu menemani Syahmie di rumah ...
Bulan Disember ini agak dingin dan bergerak sedingin salju ... Ditambah dengan tragedi tanah runtuh yang semakin menjadi-jadi menjadikan Trisha cuak sedikit memandangkan Trisha pun tinggal di Bukit juga ... bila Trisha luahkan kerisauan itu kepada seorang teman , beriya-iya dia mengatakan bukit yang menjadi kediaman Trisha tu landai ...boleh terima ke? Kepada mangsa tanah runtuh Bukit Antarabangsa, takziah dan banyakkan bersabar ...
Hari ini Trisha menerima surat dari MAA Kidney Charity Fund ... ditandatangani sendiri oleh Tan Sri Lee Lam Thye ... memohon sumbangan seikhlas hati daripada semua pemegang kad Bonus Link ...
Setelah membaca surat 2 m/s itu , Trisha memutuskan untuk mendermakan semua point Bonus Link kepada MAA Kidney Charity Fund ... agar mereka boleh teruskan usaha murni mereka membantu pesakit buah pinggang kronik mendapatkan rawatan dialisis.
Sekiranya ada sesiapa di antara pembaca Trisha ini pemegang kad Bonus Link .. marilah kita sama-sama mendermakan point yang kita perolehi kepada MAA Kidney Charity Fund ... hari ini hari mereka mana tahu besok hari anda ???
Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menderma , sila hubungi / sms Trisha untuk keterangan lanjut ...
Salam Aidiladha dan Selamat Bercuti ...
0 comments: to “ Marilah Derma Point Bonus Link Anda ke MAA Kidney Charity Fund .... ”
Post a Comment