Memorimu Sentiasa Mekar DiIngatan - Al-Fatihah
Sunday, November 25, 2018
Tanggal 3 Nov 2008 bersamaan dengan Isnin , Trisha kehilangan seorang insan yang amat Trisha sayangi buat selama-lamanya kerana bagaimana sayangnya Trisha padanya tetapi Allah (swt) lebih menyayangiNya. Pergimu tidak diduga menjadikan Trisha terpana seketika hilang arah tuju tidak berdaya meneruskan perjalanan hidup ini ... begitu sukar untuk mencoretkan betapa payahnya Trisha hendak menerima kenyataan ini tetapi Trisha sedar itulah hakikatnya pergimu tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.
Pinta Trisha, kepada pengunjung blog Trisha tidak kira apa jua kepercayaan , doakanlah Abang Zamri memperolehi kedamaian di sana. Bagi yang Muslim , sudikanlah sedekahkan Al-fatihah untuk hamba Allah bernama Zamri ini. AL-FATIHAH...amin